Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:
Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Ti ngkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.
Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid.



